Resah Gelisah .
Tuesday, April 30 • 12:41:00 AM • 0 comments Assalamualaikum readers :) Acuatly sebenarnya aku baru lepas mandi 30 minit yang lalu , sekarang jam 12:02 a.m dan lagu yang sedang berputar dari windows media player aku ialah Manisnya seyumanmu by Elit . oh , dekat luar tengah hujan sekarang , kipas dalam bilik sedang berpusing dengan ligatnya , lampu tidur di buka dengan kecerahan cahaya ala-ala romantik gitu . Hahah . Haa , kan dah merapu aku tengah malam ni . Ok lah , jom kita singkap di sebalik tajuk di atas . huh . Oh , buntu sebenarnye nak tulis apa , hati ni tak nak luahkan apa yang dia rasa sepanjang hari selepas mendapat result SPM . Yeah , i know it's already one month and now di pengakhiran bulan empat sudah . Debor pulak tunggu result UPU bulan lima ni . Aku dapat form six jurusan kemanusiaan . Kombination between geo and history . Dekat Teknik pulak tuu . Oh , macam tak jea aku nak pegi . Tapi bebudak ni semua nak masuk dulu sementara upu keluar result , for their backup plan la kiranye kalau tak dapat masuk mana mana U . Ramai jugak result yang agak gempak dapat matrik , pun celaru , huru hara nak masuk ke tak . Semua tunggu upu . Ade yang go on dengan ipts jea . Aku pun dekat twitter follow jea diorang punyer conversation . Macam-macam aku rasa . Paling aku rasa of course sedih sikit . Diorang dapat tawaran sana sini , pi interview la , apa laa . Kan dah buat aku rasa seperti orang kerdil yang sangat kerdil dekat dunia . Sumpah rasa macam tu . Engineering is very tough course . Tapi aku nekad yang amat sangat aku akan dapat sambung mana-mana , Paling aku berharap dan harapan tu setinggi gunung yang paling tinggi kat dunia ni ialah Politeknik . dapat course Electrical engeneering ( power) . Oh , aku adalah orang yang paling bersyukur sekali masa tu kalau aku dapat ape yang aku harapkan . Seriesly , harap setengah mati . Dan disebabkan ini jugak buat aku tak tidur malam asyik mikir nasib takdir aku . Paling menyedihkan , mak suruh kerja je trus jadi kerani . Wooow~ sebab mak kata aku tak boleh nak sambung engineering tu . Memang aku mengaku salah aku tak dapat result yang sepatutnya , tapi . . . . . Hmm , biarkan jea lah . Dan aku redha kalau dapat u tapi bukan course yang sepatutnya , aku go on jea lah . "Janji dapat sambung belajar", kata mak kepada aku . Aku takkan biarkan impian aku terkubur macam tu jea . aku akan capai jugak :)
|
SOME WORDS! ![]() Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal and Please ,leave your footprint . Thank you Profile
Stuff
Borak-borak Jom!
Rewind Credits ![]() Big helped: Aulia Septiya Edited: Echah Bell |